Tuesday, December 8, 2015
.::tiada kata::..
bukan sekali
dah beberapa kali
aku masih cuba mencari
kekuatan, ketenangan yang makin hari entah ke mana menghilang
ada senyum, ada tawa
walau dalam hati aku sendiri
menangis tiap hari
merenung jauh ke hadapan
kosong
masih mampu untuk bertahan
otak kata henti
hati masih mahu tetap di sini
untuk apa?
sampai bila?
esok lusa..
entah tak tahu sampai bila masih boleh bertahan
berhenti atau masih mahu teruskan?
fikir sejenak
hilang kata
meragut segala kewarasan
hilang pedoman
mahu pergi jauh
kau perlukan aku?
hanya lafaz kata
atau dengan sepenuh jiwa?
telus
tak perlu berahsia
jelaskan semua
dari sifar ke sejuta
titipkan semua cerita
dari sekecil zarah
ke sebesar raksasa
aku mahu tahu
Subscribe to:
Posts (Atom)