Tuesday, December 8, 2015

.::tiada kata::..


bukan sekali

dah beberapa kali

aku masih cuba mencari

kekuatan, ketenangan yang makin hari entah ke mana menghilang

ada senyum, ada tawa

walau dalam hati aku sendiri

menangis tiap hari

merenung jauh ke hadapan

kosong

masih mampu untuk bertahan

otak kata henti

hati masih mahu tetap di sini

untuk apa?

sampai bila?

esok lusa..

entah tak tahu sampai bila masih boleh bertahan

berhenti atau masih mahu teruskan?

fikir sejenak

hilang kata

meragut segala kewarasan

hilang pedoman

mahu pergi jauh

kau perlukan aku?

hanya lafaz kata

atau dengan sepenuh jiwa?

telus

tak perlu berahsia

jelaskan semua

dari sifar ke sejuta

titipkan semua cerita

dari sekecil zarah

ke sebesar raksasa

aku mahu tahu







Monday, September 14, 2015

.::kata orang::.

kata orang,

kalau benci, jangan terlalu benci
mungkin yang dibenci akan membawa khabar gembira
kalau sayang, jangan terlalu sayang
kelak jika dilukai, tidak terlalu pedih hati disayat

kata orang,
jangan terlalu percaya,
kelak didusta, merana seluruh jiwa

kata orang,
cinta itu buta, sanggup buang sahabat dan keluarga
atau manusia jadi buta disebabkan cinta?

kata orang,
melayu mudah lupa,
bukan lupa, tapi beri ruang untuk kembali mencuba

kata orang,
sayangkan anak tangan-tangankan,
sayangkan isteri tinggal-tinggalkam,
tapi zaman dah berubah yang ditangan mungkin menyimpan dendam
yang ditinggalkan mula beralih arah

kata orang,
hidup satu putaran roda,
tapi kenapa yang diatas masih bertakhta,
yang di bawah terus merana