Monday, July 7, 2014

..::quote&unquote::..

It has been

1 year 
4 months
18 days

or 503 days
or 71 weeks

Since the night we spent together

We've shared many laughs, shed some tears, taken lots of journeys together

Of course, we're not perfect - We disagree, we argue, we fight. But in the end, even against our stand, one of us will back down, and silence pursued.

Will we stay in silence forever?
Surely NOT

Why?

Because without hesitation, we both will always say

"I LOVE YOU"

because it's true



Friday, July 4, 2014

entah

Post kali ini adalah yang pertama selepas beberapa bulan under construction..bahaha..kesibukan kerja dan kekalutan menyusun perjalanan setiap minggu di Lebuhraya membuatkan aku tidak berkesempatan nak menulis (ok fine..menaip!).

Alhamdulillah.. hari ni masuk hari ke6 kita umat Islam berpuasa. Syukur ya Allah kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup udaramu dan masih diberi kesempatan untuk menikmati keindahan bulan Ramadhan. Sungguh aku rindu nak dengar bacaan ayat suci AlQuran dan suara Imam/Bilal ketika solat Terawih.Sayu.Sebak.Satu perasaan yang memang sukar nak digambarkan.

Dalam sibuk menjalani kehidupan di dunia, kadang-kadang kita jadi terlalu leka atau dialpakan dengan benda-benda remeh.. 

Kita jadi begitu kalut nak menyenangkan hati semua orang. Walau hati kita sendiri adakalanya terguris.
Kita sibuk mengerja dunia yang sementara. Sedangkan yang kekal dah entah di mana letaknya.

Aku tertarik dengan cerita yang teman aku kongsi beberapa hari lepas. Kisah bagaimana orang kafir secara diam mula mengacau bilaukan minda kita. Secara halus mula 'membiasakan' diri kita segala macam bentuk kemaksiatan. Kita mula terima benda yang telah salah dan kita tahu berdosa sebagai amalan atau gaya hidup. Sebab mereka tahu, peperangan secara fizikal pasti akan memberikan mereka kekalahan kerana Umat Islam amat kuat. Nak xnak, kita kena akui secara perlahan rancangan berjaya dan kita umat Islam telah kalah dalam peperangan ini. (sedih)

Itu satu bab, satu bab lagi adalah kedangkalan kita sendiri sebagai orang Melayu. Aku dilahirkan sebagai Melayu Islam atas perkongsian hidup ayahanda berketurunan Jawa dan bonda seorang berbangsa Cina Hokkien. Ya, bangga aku menjadi seorang Melayu di bumi Malaysia. Bangga aku berdarah Jawa yang memang terkenal dengan kerajinan dan ketabahan mengharungi kesusahan hidup. bangga aku berdarah Cina yang bijak dan tidak pernah kenal erti berputus asa. Cuma aku malu kerana generasi Melayu ramai yang semakin layu. Ramai yang semakin cetek ilmu tapi lantang bersuara. Ramai yang semakin lancar menjerit tentang keadilan dan kesaksamaan. Tahukah kalian tempat kita di mana kini? Sedarkah kalian betapa kejayaan kalian hari ini atas sebab bangsa Melayu Islam yang tertera pada pengenalan diri kalian. Aku bukan nak menafikan kalau ada yang cakap "Ini semua atas kehendak Allah" atau "Aku berjaya kerana rezeki dari Allah" atau "Aku berusaha dan aku berhak"..Habis kawan-kawan kita kat Singapore tak berusaha? Yang kat China Thailand Indonesia? Betapa mereka ditindas secara halus. Kedudukan kita pada hari ini kerana dasar dan usaha yang sedaya upaya pemimpin kita buat bagi memastikan bangsa kita dapat sama bersaing. Merapatkan jurang yang dicipta penjajah melalui dasar Pecah dan Perintah. Aku bukan seorang politikus. Aku seorang nasionalis. Aku seorang Melayu yang rasa terkilan bila ada antara kita yang mula lupa. Mula jadi kerbau bagai dicucuk hidung, mengiyakan bila ada yang mohon hak kesaksamaan. Sudahkah kalian bersedia untuk bersaing? Jangan jadi sombong bila sudah berada di atas. Aku juga akui ada beberapa kelemahan dalam pentadbiran negara. Seharusnya kita sebagai generasi muda bangkit sama berkongsi idea sebab seterusnya kita yang akan mengambil alih tampok pemerintahan untuk generasi seterusnya. Bagi aku sejujurnya tak setuju dengan cara kekerasan walaupun masa kecik selalu tali pinggang melekat kat badan. Tapi aku anggap ia sebagai didikan dari bonda. kena bantai bersebab. Tapi itu dulu, sekarang dah ada macam2 medium. Tak payah la nak berarak macam orang gila bawak anak kecil berhimpun. Sangat tak seswai.

huhu.. ada masa aku sambung lagi yea! Adios..!