Thursday, November 7, 2013

..::aku dan diriku::..

tiada manusia yang dilahirkan sempurna. walau sehebat mana pun ciptaan-Nya, pasti akan ada sedikit kekurangan dan kelemahan. dan sebagai makhluk biasa yang lahir dengan pelbagai kekurangan, aku perlu akui satu kelemahanku yang nyata, aku tidak pandai berbicara. meluahkan rasa dengan kata-kata adalah sesuatu yang sukar untuk ku lakukan. acapkali kataku disalah erti oleh teman mahupun insan yang kusayang. makanya, aku lebih suka untuk berdiam diri. di mata teman, aku seorang periang, mengisi setiap ruang dengan jenaka. aku lantang berbicara, soal negara, politik, ekonomi, sejarah purba kala. namun mereka masih belum mengenaliku jika belum tau bahawa dalam diri ini ada seorang insan yang pemalu. tidak bijak melafazkan rasa. aku hebat membuatkan yang lain ketawa, namun terlalu benak untuk mezahirkan rasa cinta. biarku pendam semua. biar tiada siapa yang tahu, bahawa ada sekeping hati yang halus, menyimpan rasa cinta. biarlah aku terus berduka, biarlah hati ini terluka, biarlah aku menderita. asalkan engkau bahagia. aku akan terus di sini. menanti hari yang tak pasti. entah sampai bila. namun aku akan terus di sini. menanti. tak akan pernah jemu. kau hanya akan mengerti, jika melihat aku dengan mata hati. 

mohon permisi.