Wednesday, October 30, 2013

ke mana?! ... kelantan

Plan punya plan.. mula-mula nak ke NZ, pastu tukar ke Istanbul, pastu ke Taiwan. Last-last disebabkan kengkangan masa, kami mengambil keputusan untuk ke Kelantan Darul Naim. Percutian selama 3 hari 2 malam, macam biasa.. relax yet full with excitement!

Pre-holiday
1. Tiket MAS telah dibeli secara online oleh Yatz (walaupun dia sendiri x dapat join)
2. Hotel and trasnport kat sana dah dibook oleh Syifz.

The Day Before ... (13 Sept)
Aku dari Melaka terus ke Seremban tidur rumah Ija (yang comel).
Syifz akan ke Bangi..tido rumah A'A. Tp as usual, A'a MIA. Sib baik ada Sai.

Day 1 (14 Sept)
Sebelum subuh kami dah bersiap. Dan sekali lagi A'a x dapat dihubungi. Tp akhirnya diberjaya dijumpai dan sempat naik flight bersama kami... Yeay.. klate here we come!

yeayyyy
me/mizah/a'a (akhirnya dia sempat sampai)



mama sai, me & sai (memang x tido sepanjang penerbangan)

Sampai2 je terus amik keta (Serena) sebelum memandu laju ke Kedai Pokcik Milo Tonggeng untuk bersarapan. Ada mcm2 jenis makanan...!
pilot and co-pilot




pelbagai juadah
in the making..
tadaaaaa....

mam....


Then teruskan perjalanan.. la, kocik je Kota Bharu ni rupanya. Pusing2 tang tu gak. hehehe.. Kerana perut masih kenyang, kami pun lepak je la melawat Muzium sekitar KB sebelum benti solat di Masjid Negeri.








Makan tengahari - Kedai Nasi Ulam Cikgu... (ayam goreng yang sodap). Harga berpatutan. Tp yang malangnya sebab kami sampai dah hampir jam 2, banyak lauk dah xde (or tak di topup). Xpe lah...





Pas makan... dah penat. Ngantuk. Just round kejap kat area pusat kraf sebelah kedai makan tu. Seterusnya kami meneruskan destinasi ke resort yang telah ditempah.. Tok Aman Bali Resort. Perjalanan mengambil masa hampir satu jam ke destinasi. Alhamdulillah, keadaan resort adalah amat memuaskan. Kami tak buang masa terus melepaskan lelah sebelum turun ke pool untuk bermain2 air. Hehehe.

(koleksi gambar hotel yang cantik)









(bermain air)

tapak sulaiman.. hehehe



Pas maghrib.. lewat sikit baru keluar sebab hujan lebat sangat. Kami keluar ke pekan tok aman untuk mencari juadah makan malam. Yummy. semua sedap. Kecuali ....maggie ketam!! KECEWA!





Day 2 (15 Sept)
Lepas breakfast, kami terus je ke Kuala Besut (perjalanan dalam 15min je) untuk aktiviti seterusnya. Ke pulau kita yop.. Amik day trip dengan Setia Travel & Tour. Memang menarik. Harganya RM120 seorang. Servis yang disediakan pun terbaik kalau nk compare dengan pengalaman yang pernah dilalui sebelum ini. Happy!!!

Tp ada seorang member yang fobia gile dengan air dan ikan.. makanya, menjerit lah sepanjang hari.. hahaha.. Tapi memang best. Dapat tengok penyu, sting ray, dan pelbagai spesis hidupan laut yang lain. Shark je xde hari tu.







Malam tu, kami meneruskan langkah ke KB utk ke Wakaf Che Yeh. Macam Uptown + Pasar Satok je keadaannya. Xde yang menarik hati. Belilah buah-buah sikit. Hehehe.

shopping






Tragedi masa nak balik tu.. terlanggar kucing (my 1st experience hokay) sampai demam esoknya. Badi kucing kot!

Day 3 (16 Sept)
Pagi ni memang x larat nak bangun. Mahupun nak g breakfast! Member2 ajak daki menara pun x larat. Tido je. Huhuhu. Dalam kul 11 kami check out utk ke KB. Nak shopping kat pasar Siti Khadijah katanya... Batik cantik2. Tp percutian bajet. Kena la bajet gak nak bershopping.









Untuk tidak mengecewakan ahli rombongan, singgah la gak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) untuk sesi minum petang dan bergambar-gambar kenangan..






Oklah.... percutian yang biasa tapi seronok sebab ditemani oleh kawan2 yang best... Bye-bye Kelantan.. Sehingga berjumpa lagi!







No comments: