Wednesday, August 14, 2013

..::jiwa kalut::..

berhenti bernafas sesaat
menelanjang ruang minda
cuba menerpa tiap tanda
satu persatu dipersoal

mungkin hari ini
ataupun mungkin esok lusa
sampai bila
belum tentu
tiada kepastian
yang ada hanya persoalan

(muncung..berfikir)

lalu hati berdetik
otak ligat mencari logik
untuk menjawab tiap persoalan
berbaris
semua perlukan jawapan

(berkerut..fikir lagi)

tiap persoalan perlukan jawapan
logik?rasional?
sekadar mengikut emosi?

semua jawapan akan beri kesan
membentuk cerita
menjadi lipatan rentetan cerita

agrh..biarkan semuanya
kan ku lalui babak dunia
dengan watak yang berbeza
pengakhiran nanti semua akan sama
cuma keputusannya yang akan berbeza

habis cerita - (tersenyum)

Tuesday, August 13, 2013

..::salam lebaran::..






..dari kami semua di Unit Kewangan dan Unit Akaun, Jabatan Pelajaran Melaka!

..::kamu::..


*merenung luar jendela*

kamu buat aku rasa gembira
membawa tawa dalam setiap tangis
membuka ruang
menjadikan aku lebih tenang

*berhenti seketika..menghela nafas..lega*

kamu tahu..betapa aku jadi senang berbicara
meluahkan segala rasa 
yang sekian lama ku pendam 
yang begitu lama cuba ku sembunyikan

segala rahsia, ku tuturkan begitu laju
lancar, bagai tiada sempadan antara aku dan kamu
kamu memiliki sesuatu
merungkai segala kekalutan dan kekusutan

*berhenti lagi..memandang ke luar*

air mata begitu laju memenuhi kolam mata
aku jadi makin emosi
makin sayu
mengenangkan yang kamu tak mungkin selamanya bersama aku

berjanjilah padaku
kau akan selalu menyayangi dirimu
sebagaimana aku mencintai kamu
carilah dia yang mampu bersamamu selalu
seperti mana aku akan ada ditiap hembusan nafasmu
selagi tuhan memberiku nyawa bersama ragaku