Thursday, June 27, 2013

DPA Part 4

Pejam celik pejam celik.. dah 2 bulan setengah habis DPA wei! Tapi effectnya masih terkesan.
Melalui penelitian.. ramai jugak yang mengeVIEW berkaitan DPA ni. Nak cerita lebih-lebih pun susah jugak. Makanya untuk penjelasan lanjut, kalau ada yang nk tau apa-apa isu, boleh lah bertanya. In sha Allah, kalau boleh jawab akan dijawab.. Phewittttt!!!

Wednesday, June 12, 2013

..::aku, dia dan sesuatu::..

semalam..we had a big fight..tak le BIG sangat tapi disebabkan memang jarang sangat2 bergaduh, tu yang rasa BIG sangat..semuanya disebabkan benda kecik..kerisauan yang melampau dan rasa sayang yang teramat boleh membuatkan kita jadi over protected..sampai satu tahap macam jadi control freak pun ada gak..huhuhu..kesian dia.tak patut kot aku jadi terlalu mengawal. dia dah cukup besar untuk mengatur kehidupan dia sendiri. 

adakalanya dia lebih matang dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berbanding aku.maka, aku rasa memang tak patut apa yang berlaku semalam. cuma sedihnya bila apa yang aku cakap dia macam malas nk dengar.itu lah masalahnya kalau guna media sosial ni. kadang2 apa yang nak disampaikan akan disalah ertikan sebabnya outputnya mungkin akan bawa maksud yang berbeza2 pada orang yang berlainan walaupun inputnya sama..faham tak?! satu statement tu boleh bawa pelbagai maksud bila dibaca dengan intonasi yang berbeza. sebab tu lah dalam keadaan yang tertentu, aku lebih suka call terus supaya dia faham apa yang aku cuba nak sampaikan.

lepas aku bebel semalam tu..dia terus cakap 'nite'..yang secara tidak langsung mematikan perbualan kami. so, aku pun terus matikan HP dan IPOD..tak lama. dalam 10minit. aku ni pun cepat naik angin orangnya. tapi disebabkan rindu dan setelah otak berfikir dengan waras, aku on balik.. dia call.. semuanya selesai.malu nak mengaku, tapi itulah hakikatnya yang aku amat memerlukannya dalam hidup ini.

i love you.

(part I)

~walaupun saya tak sekacak dan segila Mr. Grey, tapi hakikatnya awaklah Ms. Steele dalam hidup saya~

Monday, June 10, 2013

..::kau yang terindah::..

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah
Aku Disini Memuja Bayangmu
Setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu
Cinta Membara Jiwa Gelora

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang


Kau Yang Terindah Didalam Hidupku
Hanya Cintamu Mekar Selamanya
Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain
Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang
Aku Disini Menghitung Harapan
Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu
Bagai Semalam Semuanya Hilang
Bagai Semalam Semuanya Hilang

Wednesday, June 5, 2013

DPA part3

Sementara ada mood nak menulis ni..mari kita berkongsi cerita lagi.

DPA Bil. 2/2012 - Batch 42 boleh dikatakan sebagai batch yang unik. Kenapa? banyak benda baru yang perlu dilalui dan kami bagaikan bahan ujikaji. Tak kisah la. Apa yang penting dapat melaluinya dengan selamat dan tenang dan belajar benda-benda baru. Semua perkara perlu dipandang dari sudut yang positif. Barulah akan membawa kesan yang positif jua, kan? Kami jugak dipisahkan di 2 kampus (INTIM dan IKWAS) selama hampir 5 bulan sebelum disatukan di saat akhir di INTAN KIARA. Tak dapat dinafikan, memang ada jurang antara kami namun kami masih boleh bersama dan bersatu dalam banyak perkara.

Untuk kelas, banyak modul yang kami perlu rangka, rancang dan laksanakan sendiri. Antaranya modul PESMO, KI, Ekonomi, Hubungan Antarabangsa dan banyak lagi la. Daripada pengisian, penceramah sehinggalah penilaiannya perlu kami yang buat semuanya dengan pemantauan UDPA. Yang bestnya, kita boleh tentukan nak nilai macamana..xdelah kena struggle sangat nak ngadap kertas periksa untuk tiap-tiap modul. Dan kebanyakannya modul diselitkan lawatan. Merasalah kami ke sana ke mari dan paling best masa melawat Malaysia High Commission kat Singapore. Berjumpa senior-senior di sana dan berkongsi pengalaman mereka di negara luar. Memang menarik. Modul ini sebenarnya banyak mengajar kami bagaimana untuk merancang dan berhubung dengan pihak luar dalam melaksanakan sesuatu urusan.

Bukan tu je, ada juga program-program aktiviti yang diarahkan kami untuk dilaksanakan, dengan memberikan impak yang bombastic kepada semua. Bukan senang...! Masa ni lah kerjasama daripada semua pihak amat-amat membantu. Masa nilah dapat tengok siapa kawan, siapa follower, siapa yang menumpang aje.. Hahaha...

Modul luar...POLIS..BOMBA..OBS..JPJ..JPAM..memang menarik. Pengalaman yang sangat-sangat sukar diperoleh di luar. Cuma yang ralatnya bila beberapa aktiviti tidak dapat kami laksanakan disebab isu-isu yang berlaku sebelum ini. Papepun, aku enjoy lakukan semua ni.

Bab agama tidak diabaikan hokeyyyy.. Ada je kami diuji dalam bacaan Al-Quran. Kumpulan usrah pun ada jugak. And tiap hari Jumaat pagi ada kelas Penghayatan Al-Quran. Tidaklah kami terus terleka dengan dunia je..hehehe

Sebenarnya, dalam menjalani DPA ni apa yang paling penting adalah kawan-kawan yang ada bersama (selain sokongan famili). Kawan-kawan nilah yang akan bersama kita saat susah senang. Ins sha Allah, kalau dapat kawan yang betul ikhlas, sampai kesudah akan tetap bersama kita.

                                          kami dalam lounge suit...

                                          segak bergaya dalam baju Melayu Hitam..

                                          brainstorming....

                                          solat berjemaah.... masih sempat beraksi!!

                                          kumpulan nasyid Melli2 ... our official baju batik

                                         grup futsal kami..underdog yang berjaya meraih tempat ke3

                                         Kluang Station - rugi wow x g makan sana

                                          T-Baton.. Gerak! Gerak! Gerak!

                                          Bersedia untuk ujian menembak

                                           The Melli2...

                                          Ultraman.. Ultraladies..

                                          Mari memadam api

                                          kami anak MALAYSIA

                                          kumpulan pembeli hati juri

                                          OBS...

                                          Hasil nukilan..

                                           IKWAS IDOL...

                                                    ewah..ewah..ewah..

                                                      kelas muzik

                                           Larian 2.4km

                                            JPAM

                                          JPJ



kehidupan baru..

kehidupan baru setelah bertahun menghabiskan masa dan $ untuk sesuatu yang hampeh. Yup..sesuatu yang menarik dan menggembirakan, yang membuatkan aku tak pernah rasa jemu untuk melalui hari-hari yang mendatang. terima kasih untuk segalanya. hugs. xoxo.