Tuesday, May 14, 2013

DPA - part 2

macam yang aku pernah sebut-sebutkan sebelum ni, kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) merupakan salah satu syarat yang perlu diikuti oleh kami pegawai PTD untuk disahkan dalam perkhidmatan. Makanya, memang kursus ni aku nanti-nantikan. Bukan sebab nak cepat confirm tapi sebab tak sabar nak lalui apa yang telah dilalui oleh PTD-PTD yang lain. Walau apapun cerita dan pengalaman yang orang lain cerita, aku nak rasakan sendiri. Tak kisah lah apa ceritanya, bagi aku sebagai seorang PTD, memang dah kena sedia dari segi mental dan fizikal untuk melalui DPA. Yes, memang ada yang telah meninggal dunia ketika menjalani kursus ini. Tapi bagi aku semua ni dah ditentukan oleh Allah. DPA ni bukan baru setahun dua, dah 41 kali diadakan. Dan batch aku, batch 42...Dan segala modul dirangka oleh PTD jugak. Takkanlah ada unsur nk menganiaya kot.. KAMONNNNN!!!! dan sebagai seorang yang cintakan aktiviti outdoor, aku memang menantikan outdoor modules ni. Hehehe... 
(..part 3 akan tiba nanti)