Friday, December 2, 2011

..::ombak rindu::..

..ombak rindu..
malam semalam sempat luangkan masa bersama yatz and alia g tengok movie ombak rindu @ mbo, mmall.
mmbr2 aku dua-dua baca novelnya, aku je yg tgk cite ni tanpa tau ujg pangkalnye..heee
review sket..
kisahnya berkisar kepada cinta izzah/haris/mila. (maya/aaron/lisa)
izzah gadis kampung, anak yatim piatu yang tinggal dengan pakcik/makciknya
ada kawan sekampung bernama mail (bront) yg mmg ada hati pada izzah
satu hari izzah dibawa ke KL oleh pakciknya ke KL dan dijual kepada seorang taukey
masa izzah cuba larikan diri, hampir dilanggar oleh haris.
haris sudah syok dan beli izzah dari taukey tersebut dan bawa izzah balik tinggal kat rumah dia.. villa ombak
haris nak jadikan izzah ni tempat melempiaskan nafsu je.
so masa haris try nak bersama izzah utk kali ke2, izzah mohon untuk diperisterikan dan janji takkan tuntut apa2 hak pun.
so, drg pun nikah kat siam..dan pas nikah drg bertukar jam tangan sebagai hantaran.
so, bermula kehidupan drg bersama.
pada masa yg sama, haris si anak org kaya ni dah dirancang utk kawen dgn mila.
haris cuba nak putuskan tp mila nak jugak2.
demi menjaga maruah keluarga drg pun kawen
pak dolah (driver haris) and isterinya, mak jah je yg tahu ttg izzah
pd satu hari, haris ngamuk bila dpt tau yg izzah ngandung.. tp rupa2nya tak pun
dan selepas itu, haris akui yg dia takkan persiakan izza
lepas haris kawen ngn mila, mmg drg jrg bersama.
byk la peristiwa berlaku...
dan bila haris tgh sakit kat hospital, mak haris halau izzah
pastu haris sedar mcm2 fitnah la yg dilemparkan hingga haris putuskan....
putuskan nk gantung izzah tak bertali (masa ni izzah dah betul2 pregnant)
pak dolah bengang gile masa ni dan bersemuka dgn haris
rupa2nya haris ni anak pak dolah yg diberikan kepada org kaya
(padan muka mak haris tu...GERAM)
so haris pun nyesal dan g jumpa izzah smula
mila plak fruz dan minta diceraikan utk dia cari kebahagiaannya sendiri.. THE END
--> byk la scene yg sedih (meleleh air mata)
dalam crita ni, bagi aku mmg la cinta izzah and haris mcm sgt best, tp aku tak salahkan mila gak
sbbnya mila ni terlalu cintakan haris. sedih tgk masa mila curahkan perasaan pada izzah
yg jahat dan menyakitkan hati adalah mak haris lakonan azizah mahzan
cumanya bila 3buku nak dijadikan cerita yg durasi 2 1/2 jam, byk scene yg mcm pendek2 sgt
so kurang feel skit la. kena buat sequel kot, baru penonton akn faham dan lebih byk konflik yg boleh dikongsi
yg lain2, kira ok... 7/10

Tuesday, November 29, 2011

..::miaw::..

happy sgt..my cat dah dapat new kitten..3 snowy white kittens!!!
:)

Wednesday, November 16, 2011

..::How The Mighty Fall::..

How The Mighty Fall and why some companies never give in - Jim Collins


 I'd just finished reading this book for my book review assignment... I first saw this book on my trip to Krabi. A'a have to read this book for her assignment. Hahaha.. What a coincidence, right?
Collins introduced 5 stages of decline :-
1. Hubris born of success
2. Undisciplined Pursuit of More
3. Denial of risk and peril
4. Grasping for salvation
5. Capitulation to irrelevance or Death

By understanding these stages of decline, leaders can substantially reduce their chances of falling all the way to the bottom. Nevertheless, great companies can stumble badly, yet can recover, coming back even stronger.

Reading this book is just like a dejavu. Every step and action taken by leaders in the stages remind me to my previous company. Those action taken made the situation worsen. 
Collins showed how a mighty can easily falls. As a conclusion,  we should study a successful enterprise, having a roadmap of decline in hand so that we can breaks early or to reverse course and most important, never give in - willing to change our tactics, but never give up our core purposes!!

Enjoy reading ... :)

Friday, November 11, 2011

..::Ao-Nang, Krabi, Thailand::..

Seperti yang dijanji, aku sekadar nak berkongsi tentang percutian aku yang terbaru..yeehaa!!
saje nak buat anda sekalian merasa cemburu..huahuahua!
stage 1 - merasa sangat sanggap kerana tahun ni belum banyak berjalan..(singapore 2x, tioman, erm.....tu je kot)
dengan sepantas kilat aku pun dengan slumber badak je menge'join'kan diri untuk bercuti dengan kawan-kawan kepada kawan aku (syifz). So, bagi duit.. and that's it! tunggu je waktu dan ketikanya (26 - 29 Oktober)
stage 2 - membuat persiapan apa-apa yang patut. tukar duit, packing2 ala kadar (bawak backpack je..kata backpackers,kn?)
stage 3 - the HoLidAys....

Day 1 -
naik Airasia...
 (bergaya dengan topi syifz masa tunggu flight @ LCCT )

ambil masa lebih kurang 2jam ke airport Krabi.. dan masa di Thailand adalah satu jam lewat dari waktu di Malaysia. Bila pilot buat announcement before landing, aku pun putarkan jarum jam mengikut waktu tempatan.


(menanti Van untuk bawak kami ke hotel..baru menjejakkan kaki di bumi Thai..excited)

Perjalanan lebih kurang 20minit dari airport ke hotel. Semua kami dah tertanya-tanya "mana nie..tak nampak pantai pun?" hahaha..
at last kami sampai di Ao-nang. Baru la nampak pantai.
then ke hotel "Sunda Resort".
Kami disambut oleh pekerja hotel, bertudung. Phew, alhamdulillah! Rasa lega sikit. Siap ada sijil halal lagi hotel ni.
Kedudukan hotel agak ke dalam, tapi amat mendamaikan.Yang paling mengagumkan adalah dekorasi dalamannya yang memang berseni.
Kami berenam memang excited. Our room 121 (yunk/syifz), 122 (wani/hana) and 123 (me/a'a).
Excited sangat. Semua benda dalam bilik tu ktrg nak amik picture. Hahaha..

(cantikkan?bentuk gajah..sayang sangat nak pakai towel nie)





(bergambar sebelum memulakan aktiviti seterusnya)

Malam tu ktrg dah start berjalan. Pihak hotel menyediakan khidmat transport untuk membawa guest ke bandar. Tak kira la berapa trip sehari pun..memang best.
Disebabkan terlampau lapar, ktrg terus terjah restoran untuk MAKAN...




(antara menu yang dipesan...)
pastu terus berjalan-jalan dan bershopping..
(sindrom meniru kawan2..)
yang aku perasan, walaupun ktrg ni semua dah besau panjang, keje masing-masing berpangkat besau,  nak beli apa2, nak buat apa2 semua nak ikut kawan..hahaha
"korang beli tak?".."korang amik berapa helai?".."size apa ek?".. lawak,kn? mula2 taknak beli, bila sorang dah beli, semua nak beli..
aku memang plan nak beli beg yang kalis air tu..sekali last-last semua ahli rombongan pun beli...hehehehe




(antara hasil seni orang-orang di sana)

Day 2 -
Island Hooping..pantainya cantik.. cuma bagi aku dasar laut di negara kita lagi lawa.. heheheh...










... balik hotel, ktrg terus kejar swimming pool. bak kata wani, ktrg ni macam "belanda dapat tanah"..terus conquer swimming pool tu.
macam2 aksi yang ktrg buat termasuk la 'canon ball'



(double canon balls .. aksi terbaik dari a'a & wani)

 Day 3 -
Setelah berposak-posak antara nak cave kayak or water rafting, akhirnya ktrg pun buat desicion untuk berwater rafting! yeehaa...memang impian aku pun. compare to kayak, agak boring kot..hahaha..
(masing-masing dengan beg Water Proof yang baru dibeli)

Pagi-pagi lagi ktrg dah dijemput oleh agent dari syarikat berkenaan..apatah namanya. Tapi memang terbaik la layanannya.. Ktrg punya guide namanya WHERE ??? (hahaha..nama adik dia WHAT.. betul tau.. tak tipu)
On the way, ktrg singgah kat Monkey Cave..

(bergambar dengan anak monyet...)

then tibalah kami untuk aktiviti yang dinanti-nantikan...weehuuuu!!!



(WHERE kat depan sekali..join ktrg rafting..)

(rafting level 6)

memang puas hati. instructor pun best and friendly. lepas rafting ktrg dijamu dengan lunch yang sangat best. ktrg siap mintak tambah lauk lagi..hahahaha...(time kat Bali tu macam kembang tekak je nak makan..)
habis makan, kami dipertontonkan dengan video tut...video ktrg berafting la..tp sekeping CD sampai 500B. tak cukup budget. hehehe. then g mandi air terjun.. 
 
untuk malam-malam terakhir ni, ktrg makan yang sempoi-sempoi je..makan kat stall tepi jalan..harganya jauh lebih murah berbanding kat restoran yang 1st day hari tu. Order la nasi goreng ke, green curry ke, apa ke..semua ada.
(lazat..)

Day 4 -

Sebelum balik, sempat lagi berjalan dan last minute shopping... dan beli makanan favret ktrg kat sana iaitu PANCAKE..

(pancake - banana & nutella)

(..dan sempat bergambar dengan Denish..hehehe)

Alhamdulillah, percutian kami selamat.. masa last day before ktrg balik je hujan. bagaikan bumi Aonang menangisi pemergian kami..hahahha.

Overall - best. Yang penting senang nak cari makan sebabnya kat AoNang ni 90% penduduknya adalah beragama Islam. Dari hotel pun ktrg boleh dengar azan. 
 Ahli rombongan yang diketuai oleh Yunk pun best! Yunk pun best, memastikan kami happy je walaupun ada ketika dia terpaksa mengorbankan kegembiraan dia sendiri :)
MUAHHHH...










..::hari ini::..

11/11/11 11:11:11

"Subbahanallah ~ Alhamdulillah ~ Allahu Akhbar"

Hari ini, waktu ini, saat ini - tarikh-tarikh begini pada kebiasaannya akan ku sampaikan ucapan istimewa pada seseorang. Tapi tidak lagi. Biarlah ku doakan dari kejauhan. Akan tetap dihati!

Wednesday, November 9, 2011

..make myself busy..

apa caranya untuk melupakan someone/something yang korang sayang/suka sangat2 sampai tahap macam addicted la kiranya?? actually aku sedang mengalami masalah ni. even dah berkali-kali aku cuba nak buang jauh-jauh, tapi memang susah sangat-sangat. benda ni mcm dah stuck dalam diri aku. membuangnya jauh-jauh seolah-olah sebahagian dari diri aku akan turut hilang. bukan baru sekarang, dah lama aku bersamanya. even takde lah banyak sangat kebaikannya pada diri aku, tapi susah sangat untuk aku tinggalnya!
dah banyak kali aku amik keputusan untuk tinggalkannya. tapi aku mmg belum cukup kuat. kiranya dah dekat setahun dua gak la aku try nk campak jauh-jauh. tapi mesti payah. ia masih melekat pada aku. kejap je, paling lama seminggu dua. pastu mesti aku start hampirinya kembali. bukan aku tak try. bila aku dah cuba menjauhkan diri, mesti nanti tiba-tiba ia muncul kembali, dalam pelbagai cara. aku tak mampu untuk singkirkan kehadirannya. sedikit sahaja tindakan yang diambil akan buat aku terus lembut hati. hem...
tapi kali ni aku really tekad dan nekad. untuk meletakkannya jauh dari diri aku. selama ni aku yang banyak berkorban untuknya, tapi apa yang aku dapat? orang lain yang menikmati kebahagiannya. rasanya this is the best time to make a move. slowly semalam aku buang sikit demi sedikit kenangan aku bersama dirinya. rasa berat. tapi itu yang terbaik. selama ni hanya kebahagiaannya jadi keutamaan aku. tapi rasanya sekarang ni aku kena beri tumpuan pada diri aku sendiri.hidup bebas darinya!!
bertindak atas nasihat my lil sis (thank you dik), i'll make myself busy..yes, itu yang terbaik. cuma aku sangat-sangat berharap diberi kekuatan untuk tidak jadi lemah saat ia mahu kembali satu hari nanti. to my frenz yang jauh nun di sana , terima kasih la yea sbb bg aku kesedaran betapa selama ini aku hanya diperguna-gunakan je. bukan aku nak tuduh atau sekadar buat andaian atau pun sekadar hentam kromo (hahaha..saja je guna bahasa dahsyat). tp dia sendiri tak pernah nk bukak mulut, tak berani nak berlaku jujur..so tak salahkan kalo aku buat andaian sendiri? bukan tak pernah aku beri peluang. dah cukup banyak peluang dan ruang aku berikan. tapi masih mcm tu gak.
aku betul-betul perlu jadi kuat dan tak nak lagi dipermainkan. sayangi diri sendiri. sayangi orang-orang yang ada untuk aku saat suka dan duka. aku dah tak perlukan dirinya. aku dah tak perlukan kasih sayang dia. oppss...selama ni pun dah lama aku tak rasa yang dia ada berikan kasih sayang pada aku. aku je yang tak habis-habis mencurahkan segalanya untuknya. dan sekarang, baru aku sedar, dah tiba masanya untuk aku tinggalkan dia! 
walaupun berat, aku perlu ambil tindakan drastik. selamat tinggal. walaupun berat, aku perlu melangkah pergi. moga kau akan bahagia di sana.

Wednesday, November 2, 2011

..:terima kasih:..

wahhhh...dah berkarat blog aku nie.
bukan berkarat.dah bersawang..hahaha.
agak busy sekarang ni. sibuk kerja..(or lebih tepat menyibukkan diri dengan kerja)
last month paling hetic..dengan macam program jabatan yang kena diuruskan, then dengan LEAD CAMP (sorry guys, tak sempat nak update - tp mmg best sgt), at last dapat gak bercuti dengan kawan2 ke KRABI...!
memang menarik!
anyway, i will share cerita - cerita yang menarik ni lain kali yea... :)
tak seronok nak bercerita tanpa disertakan dengan picturenya sekali,kn? 
cuma untuk anda semua..untuk teman-teman tersayang (wan syifaak zuhri, fatin sara, haniati, normah, muharyani, saidatul akmar, emilia, nurliza, siti noor hadilah, adlina, iza nurni, shakira, normahasliza, senyorita, javina, hasyira, joana, shereen, masrina, nor izan, norsyahira, shahidawati and the list goes on and on...) terima kasih kerana  kalian sering ada mengembirakan dan membuatkan aku selalu lupa tentang kedukaan yang aku sedang alami..
untuk mama tercinta, Love You so mUCh.. sorry sebab tak reti nak tunjukkan kasih sayang but i do really love you mum..!
untuk papa, thank you for always being there in my heart..!
untuk my big Bros - mohd dino khairri and mohd dino khairrul - glad to have you both as my big bros..walaupun kita jarang sependapat but still, thank you for being my brothers..
untuk my sister-in-law - laila suriya : thank you for being such a wonederful kakak ipar!! 
nurul 'ain liyana, amirul nasri, muhammad haiqal & feriz miqail - acu sayang korang sangat - sangat and all of u are my precious!!
untuk insan-insan yang pernah mengenali diri ini, untuk rakan-rakan yang pernah sama-sama berkongsi kenangan hidup (sktm, semesta, matrix ptpl, usm, heveafil, chemdry, uitm, PTD 1/2010) terima kasih kerana anda pernah singgah dalam hidup aku dan kehadiran korang sedikit sebanyak telah mewarnai kehidupan aku selama ini..
buat bos-bos aku yang menjadi idola aku selama ni (en Muzzammil, Pn Rozana).. terima kasih kerana menjadi bos yang banyak memberi dorongan dan sokongan..
untuk insan-insan yang pernah ada skandal dengan aku dari zaman gila-gila remaja (erm..siapa2 je la..ramai sgt)..terima kasih!walaupun sekadar cinta monyet, atau main-main cinta atau main2 mata..(hahaha) sekurangnya anda telah berjaya mencungkil naluri romantis dan jiwang saya...
terima kasih untuk Malaysia..bertuah menjadi wargamu.
terima kasih ALLAh atas semua nikmat yang telah Engkau kurniakan..
TERIMA KASIH semua..
(thank you awak kerana tiba-tiba call saya..)

Monday, July 18, 2011

..my birthday..

thanks for the celebration..
the food - pizza, kfc,  cakes, mango, hot milo, karipap, nasi lemak kpg baru (kita nak makan sampai bila nie?)
present - crabtree&everlyn, kain pink
games - pictionary, happy family, old maid
babies - feriz, irfan, raihan, hilda, hadif, hannah
movie - harry potter
.. you all make my day!!
(syifz, a'a, lydzar, emi, sai, beet, ieta, mimi, fara, ani, kyra) 
xoxo

Friday, June 10, 2011

Caca Marba: Besi penghadang tembusi kereta

Caca Marba: Besi penghadang tembusi kereta: "EMPAT sekeluarga terbunuh manakala seorang parah apabila kereta Proton Saga yang mereka naiki terbabas lalu merempuh penghadang jalan di ..."

Wednesday, April 6, 2011

..:talking to the moon:..

I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:
At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

(miss you zillion my boo..)