Tuesday, November 16, 2010

..cubaan suara, 1, 2, 3..

esok hari raya aidil adha!kepada semua, selamat hari raya qurban!
moga pengorbanan kita akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik dari Allah..

LOVE

Monday, November 8, 2010

foxxy 'RUN'

to share with u guys/ladies

..sekarang nie, aku dgn bestest friend sedang mulakan aktiviti baru. ktrg dah start berjinak2 dengan larian marathon, night walk, charity walk. disamping dapat gather pada hujung2 minggu, dapat gak la sihatkan badan. yang ni the latest, yg ktrg serta last Sunday. thank you Petronas. ktrg daftar bawah nama Petronas Team. hehehe.



sebelum lari..





regangan..  hehehe

 sarapan .. banana

a'a fiza syifz

semasa larian ..

syif & naz

the foxxies ..

selepas larian..

berjaya menamatkan larian 



beratur utk MILO .. a'a, syifz, naz & fiza



'ME'

makan time .. BRUNCH @ cilipadi (thankz a'a for the treats..)















SKMI Siri 8 Lantikan 1/2010

seminggu aku tak masuk office gara-gara mengikuti Seminar Kecemerlangan Modal Insan (SKMI) yang diadakan di INTURA, Sg Petani dari 25-28 Oktober 2010. SKMI merupakan salah satu program yang telah diatur oleh pihak JPA sepanjang tempoh sebelum kami dipanggil untuk DPA.
Daripada hampir 500 orang batch 1/2010, hanya 149 yang dipanggil untuk sertai SKMI kumpulan ini, SKMI Siri 8 Lantikan 1/2010. Aku dengan budak2 satu khemah masa kursus asas dulu travel sama2 dari KL. Aku, choochoo and mai. Giler punya budget masa, takut sampai lambat kat Intura. Kul 9 kitorang dah gerak dari cheras. Alhamdulillah, perjalanan lancar dan dalam masa 5jam dah sampai ke SP. dekat kul 1.30 ktrg sampai ke Intura berpandukan Nokia Ovi Map + Garmin. (melambung la bil telepon aku bulan nieh). Member2 dari KPM yang lain (sha/vina) sampai lewat and terpaksa la tido kat Seri Malaysia malam tue. Si choochoo plak beria2 cari makanan yang best kat SP. Melalui temannya a.k.a boiprennya, ktrg pusing2 cari laksa depan Econsave. hampeh, org tue niaga la hari nie. so, ktrg just ke The Store SP cari makan dan pekena lunch kat kedai Thailand tue. yummy! sedap..







Then, kami terus balik bilik kat INTURA (aku share ngan mai) dan melelapkan mata sebelum malam tue member lain ajak lepak kedai mamak. layan je la. kang dikatakan tak 'mingle'.


Hari pertama, pendaftaran lebih kurang kul 8.30 pagi dan bertemu la mmber2 KPM dan yang dari kursus induksi dulu. SKMI kali ni mmg berkaitan dengan ceramah dan forum. Kebanyakkannya aku rumuskan berkisar pada Integriti. 


Pagi dan petang as usual ada senaman. Selamat bertemu kembali PT10. 1,2,3 - 1. 1,2,3, - 2.. 
Malam terakhir, ktrg diberi tugasan buat persembahan. Tema semua terpulang pada kami. Selepas diskusi yang bernas, kami mengadakan Malam Muzikarama. Aku, Vina, Sha dan Najwa (geng dari KPM) join group Tari1Malaysia. hahaha. Blasah je la, kn? Dan kitrng persembahkan tari Cina. Member2 lain buat tari Melayu dan akhir sekali kitorang keluar beramai2 buat tarian Bollywood. Memang lawak bila ramai yang join group menari nie terutama yang lelaki, keras gile tapi still bagi 150%.
Malam tersebut, ada pelbagai persembahan yang dimulakan dengan montaj yang sgt kreatif , Tarian Arabian, Dikir Timur Barat (mesti korang tak pernah tgkkan? dikir barat gabung bahasa  kelate n negori), ada lakonan, persembahan akustik dan lagu Song Long, Farewell. Secara keseluruhannya mmg aku tak sangka dengan kebolehan kami semua. Latihan tak sampai sehari pun. Tu belum lagi dengan hiasan dewan, montaj. Semua mmg bagi all out. Even ada yang baru kenal masa kat sini, tapi dah boleh cooperate. Even ada yang agak bossy, namun keseluruhannya semua boleh give and take. Tak lupa gak buat MC malam tue, Mega n Yuda yang betul2 berjaya menghidupkan majlis. TABIK spring!!



Lepas dah enjoy2 tue, on the last day, ktrg ada peksa. 2 paper lagi tue. 1. Pelan Integriti Nasional 2. Kewarganegaraan. Seriusly, mmg susah. Jenuh gak la memerah otak nak jawab. Aku paling tak le lupa satu scene masa peksa tue. Org JPA yang jaga peksa, Puan Shamzarina buat pegumuman suroh "tulis no. badan pada bahagian atas, sebelah kanan kertas jawapan". yg lawaknya, ada 4 5 org yang duduk barisan depan ktrg bukak tag yg dorang pakai n letak atas meja. ktrg yg duduk sebaris, semuanya confuse. Rasa mcm ktrg plak yang buat salah. lawak betul..

Habis tue, ktrg gerak balik KL.opss, sempat gak g cari laksa Econsave. Boleh la tahan. hehehe.
Balik KL, singgah beli buah jambu kat tapah..





Kesimpulannya :
1) kawan2 semua best.
2) seminar pun banyak gak input terutama bab kewangan dan perolehan
3) aktiviti fizikal tak begitu ditekankan
4) soalan periksa susah
5) makanan marvellous - udang besau, ketam.
6) ramai antara kami yang kreatif dan berjiwa seni (hahaha)