Tuesday, August 31, 2010

..merdeka..

MERDEKA!!selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 53 buat negara MALAYSIA tercinta.moga kita akan terus dilimpahkan kurniaan dari ALLAH untuk terus mengecapi kehidupan harmoni dan aman sejahtera.dan semoga warga malaysia akan terus menghargai kemerdekaan ini,amin!!

Friday, August 27, 2010

..buhsan...

warkh..hari ni aku bosan giler2 tahap cipan.serius punya tahap bosan.keje bukan takde.tapi bila xde mari,payah la nk menggerakkan otak nie.actually,dari semalam aku dah rasa 'sanggap'.layan FB pun cam xde mud je.xde yg menarik hati.kenapa ek tiba2 aku rasa bosan camni?tension tul la.nak buat keje pun xde mud.harap2 akan kembali happy petang nanti.hem.agaknye sebab letih menunggu dan mengharap kot.bila terlalu mengharap dan harapan tue tak kesampaian jadi camni la!nak buat pape pun cam malas je.rasa mcm nk tidur je sepanjang hari bgn just utk solat dah buka pose nanti!tp nk buat camne, hari ni keje.sib baik bos dah approve cuti aku utk hari isnin nanti.so,aku akan bercuti dan bersuka ria selama 4 hari!sabtu,ahad,isnin dan selasa.dan harap sgt dalam masa 4hari tu nanti akan ada perkara yg menggembirakan berlaku!wee..yea..sabtu mlm nanti ada gathering berbuka pose ngan ex-skoolmate!mesti banyak giler ketawanya.hahaha.tp,even ketawa giler2 pun,takkan dapat buat aku senyum lebar (*______________*) kalo benda yang aku harap dan tunggu tak berlaku.takpe.terus tunggu dan terus mengharap.pasti satu hari nanti akan ada sinarnya.cheh!apa sebenarnya yang aku tunggu ek?hem.org2 tertentu tahu kot.cepat la.boring la nak tunggu lama2 camni!seriously,mmg sasau dibuatnye nieh!! ~dr~

Thursday, August 26, 2010

..kekasih gelapku..

~kekasih gelapku~
ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
yakinlah bahwa engkau adalah cintaku
yg kucari selama ini dalam hidupku
dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku 
yg panjang dalam hidupku
ku mencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada satu orgpun yg tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku.
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku
mencintaimu lebih dari apa pun 
meskipun tiada satu orang pun yang tahu
ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku
meskipun engkau hanya kekasih gelapku

..biar tiada siapa yang tahu,tapi aku tahu aku cintakanmu...!sepenuh hati, selamanya...

..11..

gambar this picture was taken few months back (why am i look so chubby in this pic?grrrr...).me and "11"..there is a story behind it..jengjengjeng..

it is because, i've admiring this special creature since the first time i saw him playing on the field. he is not gorgeous or handsome as david beckham. or with great skill like ronaldo.but still i love the way he moves. and he can run..yes, he can run damn fast!!

because of him. i love '11' 

he is really a masterpiece...a legend and will always be my best player ever..

..panas hati..

aku tau la keta aku murah je.tp jgn la buat mcm keta sewa.pastu dah barai sana sini,siap taknak ngaku lagi!d*** betul la.hari tu masa baru je beli keta tu ko dah langgar moto,calar skit.pastu aku bagi lagi kau pinjam,pun ko buat hal.langgar bontot keta org.ko nk cuba cover,terus hantar kedai, ketuk n cat.tapi, habis no plat aku dah gongak ko buat..cat pun x rata.bertampok-tampok keta aku tue.yang terbaru,aku xtau kau langgar apa, or masuk lobang mana.sakit je hati aku.drive balik melaka dengan bawak keta bergetar-getar.sah-sah rim tayar depan dah bengkok.dengan calar balar lagi. balancing smua lari. tu pun kau still taknak ngaku.even aku tak pakai sport rim,tp aku amat sayang dan hargai keta aku nie.biar la murah,tp keta tu je la harta yang aku ada.hasil titik peluh aku sendiri.so lepas nie,jangan harap nk pinjam lagi!


bumper tepi,bercalar..dalam

Wednesday, August 25, 2010

..kau buatku tersenyum..

hanya 15minit bisa buat aku happy!15 minit yg mampu hapuskan semua kedukaan!15 minit yg cukup beerti!kau buat aku tersenyum sepanjang malam hanya dengan 15 minit!

..aku dan aku..

perasaan bosan dtg lagi..dah berlanjutan, dekat sebulan dah camni.dah penat nak bersedih.dah tak larat nak berduka.dah tak larat nak nangis.samada kau memang tak paham atau suka buat2 tak paham.memang takkan pernah nak paham kot.orang lain pun kerja jugak.orang lain pun sibuk juga.tapi xde yang macam kite.takat tak berhubung seminggu dua, apa-ada-hal.xde masalah punya.dah jadi macam satu kebiasaan.dah jadi rutin kot mcm ni.aku tak pasti ruang apa yang kau buntukan.rasanya dah cukup luas ruang yang aku berikan.dah terlalu banyak masa yang terbuang dan kau masih sibuk dengan ruang untuk diri kau sendiri.bila aku perlukan kau disisi, where were you?ntah hilang kemana.bila aku perlukan a shoulder to cry on,kau hanya diam dan kaku.bodohkah aku sebab terus bertahan?malangkah engkau sebab dapat aku yang terlalu menagih kasih kau?antara kita siapa yang malang?kau atau aku?aku kite memang sama-sama malang!aku macam orang lain,perlukan kau, perlukan perhatian kau dan perlu rasa yang kau selalu ada.bukan setakat kata sayang yang sesekali engkau lafazkan.aku tak pernah minta yang bukan-bukan.aku tak pernah harap yang lebih-lebih.aku cuma perlukan sedikit masa, perlukan sedikit rasa diingini, dikasihi.susah sangat ke?berat sangat ke untuk kau tunaikan?kau terlalu sibuk dengan kerja. kau terlalu sibuk untuk bersukaria dengan teman-teman.dan kau sering sibuk mencari waktu untuk berehat sendiri.dan bila waktu untuk aku?aku tak perlukan perhatian bagai seorang bayi. aku cuma perlukan kau disisi saat aku dilanda keletihan, ditimpa keresahan, diterjah kesunyian.tapi kau tak paham.kau takkan cuba paham.dan aku akan terus sendiri.sepi.makin lama, kau pupuk rasa sunyi dalam hati ni, makin kosong jiwa ni.tapi kau tak nak semua tue.sebab bagi kau, aku akan selalu ada disisi.kau tak sedar bahawa hati yang kosong ini, makin layu.cinta dan kasih sayang yang dulu tumbuh segar untuk kau dah makin layu.dah makin membatu.saat ini aku masih tak punya kekuatan untuk pergi jauh.tapi akan ku kumpul semula kekuatan dalam diri ini.kau jua akan merasakan kesakitan dan kepedihan ini suatu hari nanti.setiap titis airmata yang mengalir ini, akan kau rasakan kesakitannya nanti.setiap parut yang kau tinggalkan dihati ini, akan kau rasa kepedihannya.kau akan sedar hanya bila aku telah pergi jauh membawa hati yang terlalu terluka, yang dah terlalu dalam parutnya, dah semakin membatu.saat itu, aku tak pasti jika masih ada sisa kasih sayang yang tertinggal untuk kau.kau akan merasakan betapa sakitnya bila kasih sayang yang sejati tidak pernah dihargai!

Monday, August 23, 2010

..bayi..

manusia akan mudah tertarik pada sesuatu yang cantik, comel, menawan, manis..tarikkan yang akhirnya akan membawa kepada rasa ingin mencuba..mendekati..dan akhirnya timbul rasa suka..perasaan yang hadir tanpa diduga..mula timbul rasa rindu bila tak bersua..dan bila rasa sayang dah disulami dengan segala rasa, mulalah wujudnya rasa cinta..
adakah manusia buta kerana cinta atau sering dibutakan oleh cinta atau hanya buat2 buta sebab dah terlalu asyik dengan cinta..kerana cinta manusia boleh jadi gila. bila da gila, mulalah sanggup buat macam2 perkara diluar jangkaan pemikiran manusia biasa..cinta memang bole buat orang gile.
bila dah mula asyik berkasih dan bercinta, mulalah sanggup serah segala. kunun2nya bukti cinta. apalah bangang sangat, kalo betul cinta mesti la dah bergolok bergadai buat hutang semata2 untuk jadikan perhubungan yang sah dan halal. kalo setakat nak buktikan cinta dengan serahkan segala, tunggu la nasib dalam masa 9 bulan akan datang.
kalo setakat nyusahkan diri sendiri takpe la. ni tidak, angkara mengikut nafsu serakah dan kunun2 nk buktikan kehebatan cinta, akhirnya bayi yang tidak berdosa dibuang macam xde harga. ngong!!! anak itukan harta, rezeki dari pencipta. memang dasar manusia yang buta hati. dicampak dan dibuangnya mcm sampah, mcm xde harga. kalo betul2 taknak, 9 bulan sebelum tu pikir la dulu. ikut sedap je. takpun buang la awal2 sebelum bayi tu dah cukup sifat. tak sedih ker tgk bayi yg sempurna, dah ada nadi, dibuang dalam longkang, tong sampah..kalo korg tua nanti anak2 buang plak camtu, ok ker? sanggup? 
kalo sanggup nk bela sampai 9 bulan dalam perut, kenapa bila bayi tu dah keluar buat mcm sampah? bagi la kat sape2. ramai je pasangan suami isteri yg sanggup nak bela. tak kurang juga dengan org2 bujang yg sentiasa sedia nk mencurah kasih mesra!apa kes nie buang2 bayi..kang korang tue, aku buang korang plak!!cakap je nak kena buang katner..
kalo xnak sgt  bayi-bayi tue, bagi je kat org bela!!! jangan le ikut suka je, dah tak larat nak dgr cite pasal bayi kena buang.. GERAM!!

Thursday, August 19, 2010

..nothing much to say..

sejak dua menjak nie, mcm dah maleh nak update blog nie.kerja dah start banyak.jiwa pun asyik melara je.huhu.
kecewa dan dikecewakan..apakah?
xpe la.sabar je la.harap dan akan terus berharap.

Monday, August 9, 2010

..marhaban ya ramadhan..

tak berapa lagi nak, umat Islam diseluruh dunia akan menyambut kedatang bulan yg mulia..bulan RAMADHAN..dikesempatan yang diberikan ini, marilah kita beramai-ramai memperbanyakkan amal ibadah.mungkin ini Ramadhan yang terakhir buat kite... 

salam sayang..salam ramadhan...

erin emariza