Wednesday, June 30, 2010

..movie dolu-dolu..

masa kecik-kecik dolu, aku suka tgk cite melayu kat tv. zaman cite dah ada kaler. cuma kaler masa tue agak blur.kalo pelakon tue pakai suar, aku mcm konpius, kaler merah ke coklat suar belt-bottom drg tue!hehe..tp aku memang suka cite2 zaman tue.tahun 70an.masa tue ada uji rashid, latif ibrahim, noor kumalasari, datuk sharifah aini, dato' jin samsudin, datuk yusof haslam.phew, hensem kan yusof haslam dan jin samsudin masa muda2 dulu. yang paling aku suka tengok cite datuk jin samsudin antaranya: esok masih ada, tiada lagi esok bagiku..ingat tak cite yang ada noor kumalasari tue? yang keta yang bawak pengantin (lakonan dato' jin) dilanggar lori.then isteri yang tabah lakonan noor kumalasari jaga suaminya dengan baik. then sebab tak mau nyusahkan isteri, si suami memberi kebenaran untuk isteri hidup bersama adiknya di KL yang sangat sosial. di satu parti, si adik mabuk2 dan mati lemas dalam bath tub bersama girlfriendnya lakonan Ogy.hehehehe.bestkan cite tue..


sekarang ni pun, aku tengah layan lagu2 uji rashid, hail amir, sharifah aini, broery, khatijah ibrahim. seronok dengar lagu-lagu zaman dolu2 ini. simple yet nice to hear!xde la terlalu leleh. hehehe.tapi lagu yang amat sedih ialah lagu kali terakhir kulihat wajahmu nyanyian uji rashid.huhuhu..'malangnya, bencana menimpa.kau telah pergi untuk selamanya, tak kembali.pada saat terakhir.ku melihat paras wajahmu.memisikkan hati sayang kepadamu.' bole nangis wo dibuatnya.

Wednesday, June 23, 2010

..lu-lian..

musim lulian kembali lagi..kat sana-sini bole tgk org jual lulian.
mcm2 jenis..
yang paling best, bila dapat makan free..



sungguh enak..lulian kampung + free plak tue = marvelouslicious





Monday, June 14, 2010

..kami di kemaman/cherating..

tak banyak gambo yang aku amik.
ada la sikit2 picture masa aku bawak awek2 dari sabah n sarawak nie makan satar n otak2..yg baju biru ni dari sarawak : javina manakala yang sengih terlebih tu namanya Joana dari Sabah.

walaupun time ni baru ktrg berjumpa dan berkenalan, tp mmg best sebab drg nie pun mmg GILER2..

yang buat gaya atas batu nie plak ialah Cik Shereen Haron. kenal dia since lapor diri lagi sebab nama ktrg sebelah2 jek.nasib 2 2 dapat kat MOE gak. Minah nie baik, alim gitu. nyanyi pun lagu ARAB tue..n dia banyak bagi aku semangat untuk majukan diri.
Javina : partner aku untuk buat aktiviti fizikal di INTIM dulu..kami sama2 bersemangat buat semua aktiviti. cuma aku tak mampu kejar dia masa larian 2.4km.sorry la.lemak banyak sgt yg terkumpul.
Joana : partner in crime aku. giler n mereng minah nie. LAYAN...

Wednesday, June 9, 2010

..malam GALA muzika..

masa bulan Mei lepas, salah satu acara sempena sambutan Hari Guru ialah Malam Gala Muzika JPM.mengetengahkan bakat para pelajar dan guru2 di negeri melaka..

ada orkestra dan persembahan nyanyi..

suara para pelajar ni mmg power giler..masa rehearsel aku bawak yat skali..kalo korang tak caya, cuba tanya yat..mmg dahsyat suara dorang..

persembahan paling kecik dari pelajar pra sekolah..cute giler bdk tue nyanyi lagu Wali - Cari Jodoh..itu kira yang paling gempak la.

persembahan lain pun mmg meletop habis..x mustahil ada antara mereka akan menceburkan diri dalam bdg nyanyian kelak.


..books..

aku ke MPH untuk dapatkan buku Perintah2 Am yang gedabak tue..round punya round..lain pulak yang aku capai..gile ke apa aku nie..xpe la..membaca kan boleh menambahkan ilmu..hehehe..ayat utk menyedapkan hati sendiri..
buku Perintah2 Am telah mencurahkan baktinya..ada staf pinjam buat rujukan masa amik test hari tue..lagi 4 buku adalah:
1) Angela's Ashes - mcm menarik sebab berkisahkan ttg kehidupan zaman 50s..time kemelesatan
2) Marley&Me - movie dia lakonan Jeniffer Aniston/Owen Wilson.Berkisarkan kepada anjing dorang, Marley yg hdp dgn drg dari mula2 kawen, time susah sampai la drg dah berjaya dan ada anak2. Masa tgk cite nie kat tv mmg berjurai2 airmata aku.
3) P/S : I Love U - cite dia pun menarik. Love story. Lakonan Hillary Swank/Gerrard Butler.
4) My sister's keeper - aku tgh baca buku nie skg. Baru suku. Menarik juga stakat nie. Ttg keluarga. Konflik dalaman dlm famili. Nak utamakan diri sendiri atau berkorban utk keluarga?

Dgn kerja yg banyak skg nie, ntah bila la baru habis baca buku2 nie..hahahaha!!!

..buah hatiku..


..ni nama dia miau! kes xtau nak letak nama apa la nie..aku kutip miau dekat depan umah..kecik je masa tue..bagi mandi, makan n bawak balik ke umah.bawak g vet.masa tido nampak baik je,kan? ni sebelum dia tunjuk belang..very the cute..miau nie well toilet trained yea tuan puan sekalian..n cukup manja.kalo time makan, suka la kalo abg aku usap2..ngade..


skang dia dah besar, dah akil baligh kot..hahahaha...tido pun macan tak ingat dunia..selalu je berebut tempat tido ngan ktrg..satu je pe'el miau nie, suka gigit org!!nasib le xde penyakit kucing gile..kalo tak..


papepun...i love my cat!!!

Monday, June 7, 2010

..target...

dalam masa beberapa bulan akan datang, akan join SKMI plak. so, untuk SKMI yang akan datang nie, aku nak letak target yang betul2 tinggi untuk aku capai..

1) BMI : below 25
2) Sit - up : 5 variasi
3) Push - up : 60/minit

Rasanya tak susah nak capai.Apa yang utama, aku dah kena start struggle dari sekarang ..!cayok..cayok ^^(^_^)^^ pasti BOLEH!!!

(asal ntah aku xleh nak balas comment korang??)

SKMI - seminar kecemerlangan modal insan

sekadar untuk berkongsi..setiap ambilan PTD, cara dan prosesnya adalah berbeza2.untuk yang terkini, kami dilantik secara kontrak 2+1..2 tahun akan diattach dimana2 kementerian/jabatan/agensi.putaran kerja akan berlaku setiap tahun.work rotation mungkin berlaku secara dalaman dalam kementerian yang sama dan boleh juga ditukar ke kementerian yang lain. selama 2 tahun ini, kami akan sentiasa dinilai dari segala aspek. sepanjang 2 tahun ini juga, kami akan menghadiri beberapa kursus dan seminar. yang pertama baru kami ikuti di INTIM yang mengandungi 2 cabang.
1) dengar ceramah/senaman ringan dan tido di bilik yg ada aircond/toilet sendiri/katil/tv
2) out door - ada macam2 aktiviti dan kami juga terpaksa berkhemah dan mandi ala2 kadar dgn memakai baju yang sama selama ermmm..ikut la, kalo rajin nak basuh byk baju, tukar la hari2. dalam masa aktiviti outdoor nie, ada juga ujian kecergasan termasuklah berlari sejauh 2.4km dan buat beberapa rutin kecergasan yang lain. kalo zaman dolu2 kita buat aktiviti orang buta kat area padang or tempat yang banyak pokok2 je,kan?tapi kali ni kami main game org buta meredah kawasan hutan yang berbukit2.betul2 mencabar! aktiviti kembara pun bukan sekadar jungle trekking yang biasa, sambil kembara, diberi tugasan untuk diselesaikan. soalan match, ujian minda, kena hafal prinsip2, buat sajak/syair..
seperti yang dinyatakan tadi, kami akan dinilai dari pelbagai aspek. bab kerja akan diberi markah oleh our bos. masa kursus pun akan dinilai juga dan markah bukan sekadar diberi oleh fasi, kawan2 juga akan memberi markah. so, jangan la poyo2 takut nanti kawan2 x suka. kena sentiasa berkerjasama dalam group. kalo diberi tugasan, kena selalu berbincang, involve kan semua orang, jangan nak expose diri lebih2. selain itu, berat badan dan kecergasan diri akan sentiasa dipantau. kena ada improvement selepas kursus kat INTIM last week, akan ada pula SKMI. pastu ada LEAD CAMP yang lebih kepada aktiviti luar. masuk hutan, kluar hutan. yang adventurous mcm aku mmg BEST la...!
dah selesai 2 tahun attachment, baru lah akan ikuti DPA (diploma pengurusan awam) dekat intan bukit kiara pulak selama 1 tahun. semasa DPA, akan ikuti sesi di dalam kelas di samping menjalani beberapa aktiviti lain seperti latihan polis, bomba, askar dan sebagainya. dah selesai semua tue, barulah akan ditauliahkan. konvo lagi sekali.
adalah dinasihatkan semasa dalam proses 2+1 ni, yang dah berumahtangga kena banyak bersabar. bila2 masa je bole kena panggil g kursus. kalo pregnant pun xpe, cuma x dapat la nak join aktiviti2 yang best mcm kawan2 yang lain. rugi ler. sebab time lain mana la nak ada peluang buat tu semua.
hehehe..cuma satu je pesanan, untuk yang baru nak try tue, make sure kena ready mental dan fizikal. PTD bukan satu jawatan yang hanya GLAMOUR pada namanya, tapi kena ada banyak PENGORBANAN. kena bersedia sentiasa. kalo yang jenis suka balik on time, pukul 5 dah ready nak balik, kul 8 baru ada kat ofis, yang tak sanggup kalo time cuti kena panggil bertugas..rasanya baik berfikir panjang la!!!PTD nie memang kena betul2 cintakan kerja dan NEGARA.  bukan sekadar PTD, jawatan lain pun! "berkhidmat untuk negara"
cuma nak share sikit, BOND brotherhood dalam PTD memang kuat..so untuk yang bakal menyertai PTD, welcome!untuk senior2 .. minta tunjuk ajar...
kepada semua warga penjawat awam : ingat, hak kita hanya 2, hak untuk menerima atau menolak lantikan dan hak untuk mendapat gaji..cuti bukan hak tau!cuti hanyalah kemudahan yang diberi dan boleh ditarik bila-bila masa sahaja. 
PTD - pegawai takde duit..tapi kalo nak buat duit dan cepat kaya pun boleh, cuma ingt tuhan je la!!and ingat lah, duit nak bagi anak bini makan, kalo buat yang ntah pape..sendiri mau ingat la! kalo kantoi masa tue xde sape nak tolong!!!

aku kembali

aku kembali ke bumi hang tuah hari ini setelah hampir seminggu di bumi puteri ulik mayang.kursus yang sangat menyeronokkan..letih memanh ltih..tapi lebih banyak yg seronok dari yang letih..
gerak dari putrajaya pada 30 may..kumpul dng member MOE at e12 sebelum kami konvoi beramai - ramai ke Cherating..aku, shereen and javina kongsi satu keta..yang lain2 ada ash, hasruddin, anis, sha, tengku, asfia, nurihan, nurul..total dekat 7 8 bijik keta dari moe.benti makan&solat at RnR sebelum sambung perjalanan ke Chalet Duyong, Cherating. Aku, shereen, Javina and Joanna share satu bilik..aircond dia mmg tak terasa langsung..tapi ktrg bantai tdo gak..mcm tido dalam ovn pun ada!!kul 5 bgn siap2 cari satar n otak2 kemaman!!!BEST..before malam tue ktrg bramai2 dinner kat kedai makan tepi chalet..aku semeja ngan asfia, zuhri and another guy (sorry brother, i cant recall ur name).mmg best!after that ktrg bercanda beramai2 di tepi pantai hanya bertemankan cahaya bulan!!!
pagi senin, ktrg rushing ke intim..pendaftaran...dan mula lah kursus pengenalan ktrg!!!mmg best..tabik spring pada urusetia dan penceramah serta semua yang terlibat...yang paling aku suka pada encik joe!!fasi masa outdoor.mmg fatherly..muah..muah..BEST!!
ceramah..ceramah..ceramah...
outdoor activites : camping/LDK/snake n dice/poco2/senamrobik/sentry/blindgame/kembara/ukjk..mmg BEST!!!
betul lah orng cakap..hubungan antara PTD memang sangat luar biasa.walaupun hanya berkenalan semasa dalam kursus, ktrg boleh ngan giler2...best...
kepada adik2 khemah ku..syabas kerana kita telah berjaya menjadi juara dalam acara berD***k**  dalam kumpulan satu..
aku tak sabar nak jumpa member2 baru nie.. korang mmg best!! moga kita semua akan berjaya satu hari nanti...PTD bath 01/2010....!!!!