Friday, November 6, 2009

keinginanmu dan keinginanku

setiap dari kita dilahirkan berbeza.masing - masing ada keinginan dan kemahuan yang berbeza. dan sebagai manusia yang berkongsi hidup dengan jutaan hamba Allah yang lain, kita perlu belajar untuk menerima keburukan orang lain sebagai kelemahan dirinya dan kebaikkannya sebagai suatu kelebihan.xde satu pun ciptaan Allah dimuka bumi ini betul2 sempurna.masing - masing pasti ada kekurangan dan kelebihan, begitu juga diri kita dimata orang lain.untuk menerima setiap insan lain sepenuhnya memang amat sukar.jadi,kita perlulah buka hati,buka minda,buka mata dan buka peluang untuk orang lain untuk turut serta berkongsi suka duka dengan kita.
untuk teman2 yang dah ada teman hidup, teruskan usaha untuk menerima kekurangan dan kelebihan pasangan anda dengan hati yang terbuka. untuk rakan2 seperjuangan yang masih mencari, insyaallah akan ada insan yang telah dipasangkan untuk kita.itu janji Allah.