Thursday, March 22, 2012

Friday, February 17, 2012

..saje..

busy giler..(xde la sgt..)
keje 3 tahun - kena jaga 3 unit
tatatertib..pentadbiran..kewangan..
think positive je la. anggap bos percaya pada kebolehan aku.
(dush..berkhidmat untuk negara.. kena terima dengan hati yang rela..baru rezeki halal)
aku confuse la asal seminggu ni aku asyik nk tido je.
oh..maybe sebab baru balik dari europe kot..
(sorry guys, nanti aku up date picturenya yea..London/Berlin/Prague/Hamburg/Denmark)
kalut betul
dengan kerja yang banyak..then kena prepare untuk PPP (program penilaian profesional)..
aduhai..jiwa pun makin kacau.
dulu ada orang aku bole kongsi cerita (opss..silap, dah lama dah xde org yg nk kongsi cerita)
sekarang ni kena la lalui semua sendiri
(anyway, i happy with my single life..) 
kadang petang2 cenggini rindu ngn kawan lama aku yg dah pindah balik Banting.
dah xde kawan nk ajak karok.
sorang lagi dah transfer KL..xde kawan nk layan tgk cite indon ptg2..
cuma nak share sket entah asal sekarang ni suka sangat lagu cristina perri (a thousand years) ngan lagu katty perry (the one that got away)..baru prasan, dua2 pun peri ek? huahuahuahua..
ok ar. nak sambung buat keje sket. opis dah kosong.huhuhuhu...
papepun, rindu ar.. :(

Friday, December 2, 2011

..::ombak rindu::..

..ombak rindu..
malam semalam sempat luangkan masa bersama yatz and alia g tengok movie ombak rindu @ mbo, mmall.
mmbr2 aku dua-dua baca novelnya, aku je yg tgk cite ni tanpa tau ujg pangkalnye..heee
review sket..
kisahnya berkisar kepada cinta izzah/haris/mila. (maya/aaron/lisa)
izzah gadis kampung, anak yatim piatu yang tinggal dengan pakcik/makciknya
ada kawan sekampung bernama mail (bront) yg mmg ada hati pada izzah
satu hari izzah dibawa ke KL oleh pakciknya ke KL dan dijual kepada seorang taukey
masa izzah cuba larikan diri, hampir dilanggar oleh haris.
haris sudah syok dan beli izzah dari taukey tersebut dan bawa izzah balik tinggal kat rumah dia.. villa ombak
haris nak jadikan izzah ni tempat melempiaskan nafsu je.
so masa haris try nak bersama izzah utk kali ke2, izzah mohon untuk diperisterikan dan janji takkan tuntut apa2 hak pun.
so, drg pun nikah kat siam..dan pas nikah drg bertukar jam tangan sebagai hantaran.
so, bermula kehidupan drg bersama.
pada masa yg sama, haris si anak org kaya ni dah dirancang utk kawen dgn mila.
haris cuba nak putuskan tp mila nak jugak2.
demi menjaga maruah keluarga drg pun kawen
pak dolah (driver haris) and isterinya, mak jah je yg tahu ttg izzah
pd satu hari, haris ngamuk bila dpt tau yg izzah ngandung.. tp rupa2nya tak pun
dan selepas itu, haris akui yg dia takkan persiakan izza
lepas haris kawen ngn mila, mmg drg jrg bersama.
byk la peristiwa berlaku...
dan bila haris tgh sakit kat hospital, mak haris halau izzah
pastu haris sedar mcm2 fitnah la yg dilemparkan hingga haris putuskan....
putuskan nk gantung izzah tak bertali (masa ni izzah dah betul2 pregnant)
pak dolah bengang gile masa ni dan bersemuka dgn haris
rupa2nya haris ni anak pak dolah yg diberikan kepada org kaya
(padan muka mak haris tu...GERAM)
so haris pun nyesal dan g jumpa izzah smula
mila plak fruz dan minta diceraikan utk dia cari kebahagiaannya sendiri.. THE END
--> byk la scene yg sedih (meleleh air mata)
dalam crita ni, bagi aku mmg la cinta izzah and haris mcm sgt best, tp aku tak salahkan mila gak
sbbnya mila ni terlalu cintakan haris. sedih tgk masa mila curahkan perasaan pada izzah
yg jahat dan menyakitkan hati adalah mak haris lakonan azizah mahzan
cumanya bila 3buku nak dijadikan cerita yg durasi 2 1/2 jam, byk scene yg mcm pendek2 sgt
so kurang feel skit la. kena buat sequel kot, baru penonton akn faham dan lebih byk konflik yg boleh dikongsi
yg lain2, kira ok... 7/10

Tuesday, November 29, 2011

..::miaw::..

happy sgt..my cat dah dapat new kitten..3 snowy white kittens!!!
:)

Wednesday, November 16, 2011

..::How The Mighty Fall::..

How The Mighty Fall and why some companies never give in - Jim Collins


 I'd just finished reading this book for my book review assignment... I first saw this book on my trip to Krabi. A'a have to read this book for her assignment. Hahaha.. What a coincidence, right?
Collins introduced 5 stages of decline :-
1. Hubris born of success
2. Undisciplined Pursuit of More
3. Denial of risk and peril
4. Grasping for salvation
5. Capitulation to irrelevance or Death

By understanding these stages of decline, leaders can substantially reduce their chances of falling all the way to the bottom. Nevertheless, great companies can stumble badly, yet can recover, coming back even stronger.

Reading this book is just like a dejavu. Every step and action taken by leaders in the stages remind me to my previous company. Those action taken made the situation worsen. 
Collins showed how a mighty can easily falls. As a conclusion,  we should study a successful enterprise, having a roadmap of decline in hand so that we can breaks early or to reverse course and most important, never give in - willing to change our tactics, but never give up our core purposes!!

Enjoy reading ... :)

Friday, November 11, 2011

..::Ao-Nang, Krabi, Thailand::..

Seperti yang dijanji, aku sekadar nak berkongsi tentang percutian aku yang terbaru..yeehaa!!
saje nak buat anda sekalian merasa cemburu..huahuahua!
stage 1 - merasa sangat sanggap kerana tahun ni belum banyak berjalan..(singapore 2x, tioman, erm.....tu je kot)
dengan sepantas kilat aku pun dengan slumber badak je menge'join'kan diri untuk bercuti dengan kawan-kawan kepada kawan aku (syifz). So, bagi duit.. and that's it! tunggu je waktu dan ketikanya (26 - 29 Oktober)
stage 2 - membuat persiapan apa-apa yang patut. tukar duit, packing2 ala kadar (bawak backpack je..kata backpackers,kn?)
stage 3 - the HoLidAys....

Day 1 -
naik Airasia...
 (bergaya dengan topi syifz masa tunggu flight @ LCCT )

ambil masa lebih kurang 2jam ke airport Krabi.. dan masa di Thailand adalah satu jam lewat dari waktu di Malaysia. Bila pilot buat announcement before landing, aku pun putarkan jarum jam mengikut waktu tempatan.


(menanti Van untuk bawak kami ke hotel..baru menjejakkan kaki di bumi Thai..excited)

Perjalanan lebih kurang 20minit dari airport ke hotel. Semua kami dah tertanya-tanya "mana nie..tak nampak pantai pun?" hahaha..
at last kami sampai di Ao-nang. Baru la nampak pantai.
then ke hotel "Sunda Resort".
Kami disambut oleh pekerja hotel, bertudung. Phew, alhamdulillah! Rasa lega sikit. Siap ada sijil halal lagi hotel ni.
Kedudukan hotel agak ke dalam, tapi amat mendamaikan.Yang paling mengagumkan adalah dekorasi dalamannya yang memang berseni.
Kami berenam memang excited. Our room 121 (yunk/syifz), 122 (wani/hana) and 123 (me/a'a).
Excited sangat. Semua benda dalam bilik tu ktrg nak amik picture. Hahaha..

(cantikkan?bentuk gajah..sayang sangat nak pakai towel nie)





(bergambar sebelum memulakan aktiviti seterusnya)

Malam tu ktrg dah start berjalan. Pihak hotel menyediakan khidmat transport untuk membawa guest ke bandar. Tak kira la berapa trip sehari pun..memang best.
Disebabkan terlampau lapar, ktrg terus terjah restoran untuk MAKAN...




(antara menu yang dipesan...)
pastu terus berjalan-jalan dan bershopping..
(sindrom meniru kawan2..)
yang aku perasan, walaupun ktrg ni semua dah besau panjang, keje masing-masing berpangkat besau,  nak beli apa2, nak buat apa2 semua nak ikut kawan..hahaha
"korang beli tak?".."korang amik berapa helai?".."size apa ek?".. lawak,kn? mula2 taknak beli, bila sorang dah beli, semua nak beli..
aku memang plan nak beli beg yang kalis air tu..sekali last-last semua ahli rombongan pun beli...hehehehe




(antara hasil seni orang-orang di sana)

Day 2 -
Island Hooping..pantainya cantik.. cuma bagi aku dasar laut di negara kita lagi lawa.. heheheh...










... balik hotel, ktrg terus kejar swimming pool. bak kata wani, ktrg ni macam "belanda dapat tanah"..terus conquer swimming pool tu.
macam2 aksi yang ktrg buat termasuk la 'canon ball'



(double canon balls .. aksi terbaik dari a'a & wani)

 Day 3 -
Setelah berposak-posak antara nak cave kayak or water rafting, akhirnya ktrg pun buat desicion untuk berwater rafting! yeehaa...memang impian aku pun. compare to kayak, agak boring kot..hahaha..
(masing-masing dengan beg Water Proof yang baru dibeli)

Pagi-pagi lagi ktrg dah dijemput oleh agent dari syarikat berkenaan..apatah namanya. Tapi memang terbaik la layanannya.. Ktrg punya guide namanya WHERE ??? (hahaha..nama adik dia WHAT.. betul tau.. tak tipu)
On the way, ktrg singgah kat Monkey Cave..

(bergambar dengan anak monyet...)

then tibalah kami untuk aktiviti yang dinanti-nantikan...weehuuuu!!!



(WHERE kat depan sekali..join ktrg rafting..)

(rafting level 6)

memang puas hati. instructor pun best and friendly. lepas rafting ktrg dijamu dengan lunch yang sangat best. ktrg siap mintak tambah lauk lagi..hahahaha...(time kat Bali tu macam kembang tekak je nak makan..)
habis makan, kami dipertontonkan dengan video tut...video ktrg berafting la..tp sekeping CD sampai 500B. tak cukup budget. hehehe. then g mandi air terjun.. 
 
untuk malam-malam terakhir ni, ktrg makan yang sempoi-sempoi je..makan kat stall tepi jalan..harganya jauh lebih murah berbanding kat restoran yang 1st day hari tu. Order la nasi goreng ke, green curry ke, apa ke..semua ada.
(lazat..)

Day 4 -

Sebelum balik, sempat lagi berjalan dan last minute shopping... dan beli makanan favret ktrg kat sana iaitu PANCAKE..

(pancake - banana & nutella)

(..dan sempat bergambar dengan Denish..hehehe)

Alhamdulillah, percutian kami selamat.. masa last day before ktrg balik je hujan. bagaikan bumi Aonang menangisi pemergian kami..hahahha.

Overall - best. Yang penting senang nak cari makan sebabnya kat AoNang ni 90% penduduknya adalah beragama Islam. Dari hotel pun ktrg boleh dengar azan. 
 Ahli rombongan yang diketuai oleh Yunk pun best! Yunk pun best, memastikan kami happy je walaupun ada ketika dia terpaksa mengorbankan kegembiraan dia sendiri :)
MUAHHHH...










..::hari ini::..

11/11/11 11:11:11

"Subbahanallah ~ Alhamdulillah ~ Allahu Akhbar"

Hari ini, waktu ini, saat ini - tarikh-tarikh begini pada kebiasaannya akan ku sampaikan ucapan istimewa pada seseorang. Tapi tidak lagi. Biarlah ku doakan dari kejauhan. Akan tetap dihati!